Memperkenalkan buku lanjutan kepada buku Bestseller Rahsia Raja Lelong...

 

Buku Rahsia Jutawan Lelong:
8 Rahsia Untuk Mencapai
Pendapatan 7-Angka
di Portal Lelong & eBay!

 

Akhirnya Terbongkar!

8 Rahsia Penting Untuk Membina Empayar Perniagaan Lelongan Online Anda di Dalam & Luar Negara!



Buku yang memang hebat! Anda akan dapat mempelajari cara untuk mengembangkan perniagaan lelongan online anda sehingga menjadi satu perniagaan yang sah, mempelajari teknik penjenamaan, pendaftaran Tanda Perniagaan dan pelbagai perkara lain yang perlu anda tahu sebagai seorang usahawan lelongan online.


Secara jujur saya katakan – anda perlu memiliki buku ini!

Osman Affan
Penulis buku Menjual Perkhidmatan di Internet
www.OsmanAffan.com

 

DARI: Eruwan Gerry
RE: Pelajari 8 Rahsia Ini SEKARANG!

 

Wahai Sahabat,

Apakah jawapan anda kepada persoalan-persoalan ini:

  • Adakah anda berpuashati dengan tahap keuntungan anda di portal Lelong atau eBay pada masa kini?
     

  • Sudahkah anda mampu mencapai jumlah keuntungan 4 ke 5-Angka pada setiap bulan?
     

  • Bolehkah anda menjana keuntungan sehingga 3 Kali Ganda di dalam perniagaan dengan bekerja kurang daripada apa yang anda telah lakukan sebelum ini?


Jika anda menjawab TIDAK untuk mana-mana soalan di atas, ini bermaksud yang anda belum lagi mencapai tahap kejayaan tertinggi untuk perniagaan anda di portal Lelong dan eBay!

Mahukah anda jika saya kongsikan kepada anda 8 RAHSIA yang mampu mengubah diri dan perniagaan anda sehingga berpotensi mencapai keuntungan sehingga 7-Angka?

Saya pasti anda mahu!

Jadi teruskanlah membaca...

 

 

 

PERCUMA untuk anda!

1. Ebook Kuasa Lelongan dengan Hak Penjualan Semula (bernilai RM30)

2. Laporan Khas "Rahsia Kejayaan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah" (bernilai RM67)

3. Newsletter 5-Bahagian "Panduan Menjual di Lelong.com.my"
(bernilai RM37)

4. Pakej eBook eBay dengan 30 ebook (bernilai RM197)

5. Newsletter Bulanan JejakUsahawanInternet.com (bernilai RM97)

 

Sila masukkan nama dan alamat email anda di bawah dan kami akan menghantarkan kesemuanya kepada anda secara PERCUMA!

 

 
 
Borang Langganan
Nama:
Email:
 
 

(Contoh Email: ali1979@yahoo.com adalah BETUL manakala ali1979@yahoo dan ali1979 adalah SALAH)

Nota Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa!

 
     
     

 

Menjadi Bestseller

 

Semenjak saya menghasilkan buku pertama saya iaitu buku Rahsia Raja Lelong dan versi Bahasa Inggerisnya Secrets of the Lelong King, kedua-dua buku tersebut telah mampu mencapai kejayaan yang baik dan pernah berjaya disenaraikan di dalam Carta Bestseller MPH Bookstore Weekly Top 10 selama beberapa minggu tidak lama dulu.

Apakah maksud kejayaan buku ini? Ia sebenarnya menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang risau akan kedudukan kewangan mereka dan ingin mencari jalan untuk mendapatkan duit lebih. Semakin ramai yang cenderung ke arah menjalankan perniagaan Internet sebagai cara untuk mendapatkan wang.

Apa yang telah saya kongsikan bersama rakyat Malaysia di dalam buku-buku sebelum ini adalah salah satu daripada Model Perniagaan Internet yang paling mudah iaitu perniagaan Lelongan Online yang mana anda boleh memulakan perniagaan dengan pantas walaupun tanpa sebarang pengalaman menjual secara online sebelum ini. Oleh sebab itulah buku-buku tersebut menjadi bestseller kerana semakin ramai orang yang ingin mempelajari cara untuk mendapatkan wang melalui internet dengan cepat!



 

"Eruwan Gerrry Norsen merupakan pakar di dalam menjual di laman web lelongan online seperti Lelong.com.my dan eBay.com.

 


Tidak ramai yang mengetahui bahawa mereka boleh memulakan satu perniagaan internet yang mudah dengan menjual barangan yang tidak lagi mereka perlukan.

Sudah tiba masanya seseorang berkongsi kepada semua orang mengenai perniagaan yang lumayan ini.

Gerry menyampaikan dengan mudah aspek teknikal mengenai perniagaan lelongan online di dalam buku ini.

Gerry juga menyampaikan rahsia bagaimana untuk menjana pendapatan yang lumayan secara profesional melalui laman web lelongan online.

Buku ini PERLU anda miliki untuk mendapatkan idea untuk bekerja dari rumah!"

 

Zamri Nanyan
Penulis buku Rahsia Bisnes MLM di Internet
www.ZamriNanyan.com

Perjalanan Belum Selesai

 

Walaupun buku pertama saya telah dimuatkan dengan 280 muka surat mengenai rahsia-rahsia untuk membuat duit di portal Lelong secara khusus dan melalui lelongan online secara umum, saya mendapati masih terdapat banyak lagi perkara yang tidak sempat saya kongsikan di dalam buku tersebut.

Perkara-perkara yang telah saya kongsikan di dalam buku Rahsia Raja Lelong merupakan peringkat pertama dalam menjalankan perniagaan Lelongan Online. Saya kini ingin berkongsi dengan anda rahsia-rahsia untuk membawa perniagaan Lelongan Online anda ke tahap kejayaan yang lebih tinggi lagi.

Tanpa mengira sama ada anda kini sedang menjalankan perniagaan di portal Lelong atau portal eBay, rahsia-rahsia yang ingin saya kongsikan ini adalah relevan untuk mencapai tahap kejayaan tertinggi di dalam perniagaan anda. Dengan memahami rahsia-rahsia ini, anda akan dapat mengembangkan perniagaan anda dengan lebih cepat dan lebih hebat berbanding sebelum ini!




"Tidak ramai yang mengetahui bahawa laman lelongan adalah 'pintu' paling sesuai untuk seseorang memulakan perniagaan internet dengan kos paling rendah mahupun tanpa modal langsung.
 


Ya, benar. Saya juga bermula dengan laman lelongan satu masa dahulu.

Jika saya mempunyai buku ini ketika saya bermula  dahulu, saya yakin buku Rahsia Jutawan Lelong oleh Gerry ini akan dapat memendekkan learning curve saya untuk paling kurang beberapa tahun.

Tahniah Gerry untuk buku yang komprehensif ini!"
 

Sabri SaifulSham
Penulis buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet
www.SistemKedaiOnline.com

Mahu Kedai Jualan Seperti di KLCC?

 

Bayangkan yang anda memiliki kedai mewah anda sendiri di salah sebuah kompleks membeli-belah utama di Malaysia seperti di KLCC, Mid Valley Megamall atau One Utama!

Setiap hari kedai anda akan dikunjungi beratus-ratus pelanggan untuk melihat dan membeli barang jualan anda!

Bukankah satu perasaan hebat apabila memiliki sebuah kedai mewah dan menjana wang yang banyak daripadanya?

Sekarang mari kita ambil gambaran yang sama dan meletakkannya di salah sebuah laman web hartanah yang paling berharga dan terkenal di Malaysia iaitu portal Lelong.my. Bayangkan anda memiliki kedai anda sendiri di dalam portal tersebut yang kini mempunyai melebihi 300 Ribu ahli yang berdaftar, dan mendapat lebih 30 Juta Pageviews, 1 Juta Pengunjung dan purata transaksi bernilai RM10 Juta pada setiap bulan!

Berita baik di sini adalah kos untuk menyewa kedai anda di portal Lelong adalah sangat kecil berbanding kos yang perlu anda bayar untuk menyewa kedai di kompleks membeli-belah utama tadi!

Itulah hakikat perniagaan pada masa akan datang. Pada kurun ke-21, akan ada lebih ramai orang yang membeli dan menjual melalui Internet, yang menawarkan hampir kesemua jenis transaksi dilakukan dengan selesa sama ada di pejabat ataupun di rumah. Generasi penjual pada masa kini akan bersaing melalui kedai-kedai di Internet!

Pada masa kini, portal Lelong merupakan penguasa portal lelongan online #1 di Malaysia. Saya sudah menyentuh dengan terperinci mengenai rahsia untuk mencapai kejayaan di dalam portal tersebut di dalam buku pertama saya.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang perlu anda lakukan untuk membawa perniagaan anda kepada kejayaan yang seterusnya di portal tersebut iaitu dengan melakukan XXX (terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan) di portal Lelong.

XXX merupakan rahsia pertama untuk membantu anda mengukuhkan perniagaan anda di Malaysia. Jika anda tidak memiliki ia, maka laluan anda akan lebih sukar dan mencabar di portal Lelong.

Terdapat 12 SEBAB UTAMA mengapa anda WAJIB memiliki XXX. Jika anda membaca 12 sebab ini, sudah pasti anda akan terus berlari untuk mendapatkan XXX.

Saya tidak mahu mengupas dengan lebih lanjut mengenai XXX di sini. Jika saya mengupas lagi, saya takut akan terbongkar rahsia mengenai XXX ini.

Bermula dari mukasurat 13 sehingga 17, saya akan dedahkan penjual-penjual di portal Lelong yang telah berjaya memaksimakan XXX untuk mencapai keuntungan yang terbaik untuk perniagaan mereka.

Saya pasti anda tidak mahu terlepas rahsia pertama ini...




"Buku ini cukup banyak membongkar perkara - perkara penting dan utama yang perlu difahami serta dititikberatkan oleh mana - mana pengguna yang berminat untuk memulakan aktiviti pemasaran dan perniagaan menerusi internet.


Tip - tip yang diberikan di dalam buku ini sangat membantu bakal usahawan internet untuk menjalankan perniagaan menerusi laman lelongan kerana saudara Gerry telah menyenaraikan keperluan - keperluan asas yang perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin memulakan perniagaan secara online seperti penerangan kepentingan "member store", "ebay store", penjenamaan dan lain - lain perkara.

Dengan penerangan yang lengkap serta jelas, saya yakin bakal pembaca buku ini akan mendapat banyak manfaat dalam memahami prosedur - prosedur bagaimana untuk menjalankan aktiviti perniagaan di internet terutama sekali dalam memahami bagaimana untuk memasarkan produk - produk mereka di laman lelongan seperti Lelong.com.my serta Ebay.com.my

Akhir kata daripada saya, jika anda berminat untuk memulakan perniagaan di laman lelongan, pastikan anda mendapatkan buku ini untuk dijadikan sebagai 'manual rujukan' bagi memulakan perniagaan di internet menerusi laman lelongan."
 

Amirol Zolkifli
Usahawan Internet
www.PeluangInternet.com

Jual Kepada Dunia!

 

Salah seorang internet marketer yang top di dunia iaitu Derek Gehl dari Amerika Syarikat pernah berkata, "Di dalam dunia internet, anda boleh menjadi kaya dengan menjual di negara anda; tetapi anda boleh menjadi jutawan dengan menjual kepada dunia!"

Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam dunia internet, kenyataan tersebut amat benar!

Saya sudah melihat penjual-penjual menjadi kaya dengan menjual di dalam Malaysia. Namun demikian, kepada mereka yang berani menjual ke seluruh dunia, mereka telah menjadi jutawan dengan pantas.

Apabila anda menjual di peringkat antarabangsa, ramai pembeli anda datang dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan juga Eropah. Memandangkan kebanyakan transaksi di peringkat antarabangsa dilakukan dalam mata wang Dollar Amerika, anda akan dapat menjual barangan dengan harga menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi iaitu setiap US$1.00 adalah bersamaan dengan lebih kurang RM3.00 pada masa kini. Ini bermaksud setiap sen dalam matawang Dollar Amerika yang anda perolehi adalah bersamaan dengan 3 kali ganda matawang Ringgit Malaysia.

Oleh itu, sekiranya anda ingin mencapai kejayaan yang lebih hebat dan cepat, anda perlu menjual di laman web lelongan online #1 dunia iaitu eBay.

Portal eBay merupakan portal lelongan online terbesar di dunia. Pada masa ini, ia mempunyai lebih daripada 200 juta ahli yang berdaftar dan menjalankan transaksi melebihi US$2 juta di dalam portalnya pada setiap hari.

Ramai pakar eBay cuma akan berkongsi mengenai cara untuk menjana wang daripada eBay. Tetapi apa yang akan saya bongkarkan di sini adalah dengan melakukan YYYY (juga terpaksa dirahsiakan untuk tujuan keselamatan) untuk membantu mempercepatkan kejayaan dan meningkatkan keuntungan anda di portal eBay! Ramai pakar eBay yang langsung tidak menyentuh mengenai YYY ini. Di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong saya akan bongkarkannya!

Satu lagi perkara rahsia yang akan saya dedahkan adalah satu perisian yang cukup hebat iaitu S******* (minta maaf, juga terpaksa dirahsiakan). Saya akan kongsikan bagaimana untuk mendapatkan perisian ini secara PERCUMA!

Dengan menggunakan perisian yang hebat ini, anda akan mendapat kelebihan-kelebihan ini:

  1. Memudahkan penyenaraian semula barang lelongan
     

  2. Menjana laporan untuk menilai prestasi perniagaan
     

  3. Peralatan untuk memproses transaksi dengan pelbagai pembeli pada masa yang sama
     

  4. Kaedah untuk meneliti kos dan keuntungan perniagaan
     

  5. Cara untuk menghasilkan dan menguruskan email jawapan kepada pembeli secara otomatik.
     

  6. Kemudahan untuk memberikan feedback secara otomatik.

 

Dengan berbekalkan fungsi-fungsi hebat ini, maka ia akan memudahkan usaha anda untuk mencapai kejayaan sebagai seorang penjual di portal eBay!



"Saya amat mengenali saudara Eruwan sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti jual beli produk fizikal di laman web Lelong. Di dalam buku ini, beliau mendedahkan rahsia penjual produk di laman web lelong dan ebay menjana pendapatan 5 angka sebulan.


Buku ini berbeza dengan mana-mana buku yang pernah saya baca kerana ianya lebih padat dengan isi bagaimana anda boleh mengembangkan perniagaan dan pendapatan anda di internet secara serius.

Saya pasti, selepas anda habis membaca buku ini, anda akan dapat memulakan langkah sebagai seorang jutawan lelong!"
 

Noorizam Shah
Usahawan Internet & Blogger
www.Noorizamshah.com

Penjenamaan Hebat!

 

Apabila seseorang berkata Sony apakah yang akan anda fikirkan? Adakah anda akan terfikir mengenai peralatan-peralatan yang berkualiti tinggi? Adakah anda mengambarkan perkataan-perkataan seperti VAIO dan Playstation 3? Hakikatnya minda kita sudah diprogram oleh syarikat Sony disebabkan oleh usaha Penjenamaan ataupun Branding yang telah mereka lakukan selama ini.

Perniagaan online anda juga boleh mendapat kebaikan daripada teknik memprogram minda ini. Masa terbaik untuk berfikir mengenai penjenamaan anda adalah apabila anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan. Namun demikian, sekiranya perniagaan anda sudah lama berjalan, masih belum terlambat untuk anda melakukan penjenamaan.

Penjenamaan atau lebih dikenali sebagai Branding, merupakan asas kepada usaha pemasaran dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana strategi perniagaan. Oleh itu, ia sebenarnya bukan sekadar meletakkan label di atas sesuatu produk.

Konsep penjenamaan boleh digunakan ke atas seseorang individu, syarikat, produk ataupun perkhidmatan – asalkan ada transaksi di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pada masa kini, hampir kesemua syarikat, negara, universiti, hospital, pelakon dan diri anda sebagai seorang individu boleh dianggap sebagai satu “Jenama”.

Adakah penjenamaan cuma boleh digunakan oleh syarikat besar? Sudah tentu tidak! Proses penjenamaan boleh digunakan ke atas kesemua bentuk perniagaan, organisasi dan produk. Anda sebagai seorang usahawan online perlu menggunakannya di dalam perniagaan anda dengan sebaik mungkin.

Malangnya tidak ramai usahawan internet yang tahu mengenai kepentingan penjenamaan. Saya andaikan cuma 1 dalam 100 orang usahawan internet yang tahu mengenai penjenamaan dan menggunakannya dengan cara yang tepat di dalam perniagaan mereka.

Saya harus tekankan di sini - dengan berbekalkan penjenamaan yang tepat, anda boleh mencapai kejayaan yang hebat dalam masa yang amat singkat di dalam perniagaan anda walau dalam apa jua saiz perniagaan anda pada masa kini.

Di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong, saya akan dedahkan kepada anda secara terperinci bagaimana untuk menggunakan teknik penjenamaan secara berkesan di dalam perniagaan lelongan online dan juga perniagaan internet anda secara am. Strategi penjenamaan ini akan pasti dapat membezakan anda dengan penjual-penjual dan usahawan-usahawan internet lain yang masih belum mengetahui strategi penjenamaan yang betul.

Oleh itu, perniagaan anda berpotensi untuk mendapat perhatian dan tarikan daripada pengunjung-pengunjung berbanding pesaing-pesaing anda.

Selain itu, saya juga akan berkongsi dengan anda cara untuk menjaga harta intelek untuk strategi penjenamaan anda itu. Anda harus faham, di dalam dunia internet masih terdapat ramai orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu mencari jalan singkat di dalam menjana keuntungan. Mereka tidak akan segan silu untuk mencuri idea-idea dan penjenamaan anda sekiranya anda tidak tahu cara yang terbaik untuk menjaga harta intelek anda. Dalam kebanyakkan masa, pencuri-pencuri ini terdiri daripada pesaing-pesaing anda sendiri! Oleh itu, strategi penjenamaan yang hebat perlu juga diikuti dengan strategi perlindungan harta intelek yang hebat. Saya akan kongsikan segala-galanya yang perlu anda tahu di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong.

Satu lagi bonus hebat, saya juga akan berkongsi dengan anda satu contoh penjenamaan yang cukup hebat oleh sebuah syarikat yang telah mampu menjana keuntungan yang cukup lumayan. Saya akan dedahkan dengan terperinci case study ini untuk anda jadikan sebagai rujukan di dalam strategi penjenamaan anda sendiri nanti!



"Segala rahsia dan strategi di dalam buku ini pasti akan membawa anda pergi lebih jauh di dalam perniagaan Internet terutama di dalam bidang lelongan Online.


Semakin cepat anda mengaplikasikan formula hebat di dalam buku ini, semakin cepat untuk anda mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi".
 

Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul
Usahawan Internet
www.SmartUsaha.com

Mulakan Laman Web Anda!

 

Menjadi seorang penjual di portal lelongan online #1 di Malaysia iaitu Lelong dan juga di portal lelongan online #1 di dunia iaitu eBay memang hebat. Anda akan berpotensi untuk mencapai keuntungan sehingga ribuan Ringgit pada setiap bulan!

Tetapi keuntungan yang boleh anda perolehi ini tidak sepatutnya terhenti di situ sahaja!

Saya akan bongkarkan mengapa anda PERLU memiliki laman web sendiri untuk menyokong perniagaan anda di portal Lelong atau eBay. Jika anda mampu memiliki laman web yang menyokong perniagaan lelongan online anda, maka potensi pendapatan yang boleh anda perolehi melalui perniagaan online anda ini akan meningkat berlipat kali ganda!

Saya akan kongsikan dengan terperinci sebab-sebab mengapa anda WAJIB memiliki laman web sendiri dan bagaimana ia akan mampu menyokong perniagaan anda secara keseluruhan.

Pakar-pakar Lelong dan eBay yang lain tidak akan mengajar anda perkara-perkara ini kerana sebenarnya mereka sendiri TIDAK TAHU mengenainya...

Oleh itu, ini adalah peluang untuk anda belajar daripada pakar lelongan online yang sebenar...

Bermula dari mukasurat 87 di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong, saya akan dedahkan 12 Langkah penting untuk anda memulakan laman web yang mampu menyokong perniagaan anda secara keseluruhan.

Bukan setakat itu saja, malah saya akan dedahkan kepada anda penjual-penjual di portal Lelong dan eBay yang memiliki laman web sendiri yang telah membantu meningkatkan keuntungan di dalam perniagaan mereka. Maklumat ini memang tidak ternilai...



"Ianya merupakan sebuah buku yang bermaklumat dan banyak rahsia berguna yang boleh diaplikasi dengan panduan yang diberikan.


Bagi saya ianya boleh diibaratkan satu sumber cahaya yang telah disuluhkan bagi menuju salah satu jalan kekayaan dan merupakan formula dari hasil kajian bertahun-tahun untuk mempelajarinya.

Tahniah dan terima kasih saya kepada guru perniagaan internet saudara Eruwan Gerry Norsen.

Buku panduan menjalankan perniagaan di internet yang harus dimiliki dan aplikasikan rahsianya bagi menjana pendapatan lumayan. Ketahui rahsia bagaimana anda juga boleh memulakannya sekarang dari rumah walaupun secara sambilan!"


Maizul Hisham Abdul Hamid
Usahawan Internet
www.Maizul.com

Mulakan Syarikat Anda!

 

Salah satu rahsia untuk menyimpan lebih banyak keuntungan yang anda perolehi di dalam perniagaan internet anda secara sah daripada terpaksa membayar cukai pendapatan dalam jumlah yang besar adalah dengan memulakan syarikat anda sendiri!

**Ini adalah perkara yang benar!**

Dengan menggunakan syarikat yang telah anda daftarkan dengan sah, anda boleh menggurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu anda bayar kepada satu jumlah yang sangat kecil DENGAN CARA YANG SAH dan bukannya dengan melakukan sebarang penipuan.

Malangnya sebahagian besar daripada usahawan yang menjalankan perniagaan di internet hanya melakukannya sebagai hobi dan tidak berminat untuk memulakan syarikat mereka sendiri atau tidak tahu langsung cara untuk memulakannya.

Di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong, saya akan mengupas dengan terperinci jenis-jenis syarikat yang boleh anda tubuhkan dan saya akan memberikan penerangan yang cukup jelas mengenai jenis syarikat yang sesuai dengan barang yang akan atau sedang anda jual di dalam perniagaan internet anda ini. Lakukan kesilapan di dalam memilih jenis syarikat yang anda tubuhkan akan membawa padah sehingga boleh mengakibatkan syarikat dan diri anda jatuh bankrap!

Saya akan dedahkan langkah-demi-langkah apa yang perlu anda lakukan untuk mendaftarkan syarikat pertama anda! Saya juga akan berikan maklumat borang-borang yang perlu anda isi dan siapkan untuk mendaftarkan syarikat. Boleh dikatakan selepas membaca penerangan pendaftaran syarikat daripada saya ini, anda pasti akan tertanya mengapa anda tidak terus mendaftarkan syarikat sebelum ini kerana ianya sebenarnya satu proses yang amat mudah jika anda tahu cara terbaik untuk melakukannya.

Setelah menubuhkan syarikat anda, saya akan berkongsi apa yang boleh anda lakukan di dalam syarikat anda untuk mengurangkan cukai pendapatan yang perlu anda bayar pada setiap tahun secara sah! Dengan berbekalkan maklumat yang kritikal ini, anda akan dapat menyimpan lebih banyak wang keuntungan yang anda perolehi daripada perniagaan internet!

Anda juga akan dapat mempelajari kepentingan memiliki Akaun Bank Perniagaan untuk memudahkan urusniaga syarikat anda. Saya akan dedahkan maklumat-maklumat penting mengapa anda PERLU memiliki Akaun Bank Perniagaan anda sendiri! Perkara ini WAJIB anda ketahui!

Di bahagian akhir bab mengenai langkah untuk memulakan syarikat anda sendiri, saya akan kongsikan satu RAHSIA yang AMAT BESAR untuk perniagaan saya. Rahsia ini telah memudahkan saya untuk menguruskan syarikat saya dari satu tempat khas walaupun saya sedang berada di mana-mana lokasi lain di seluruh dunia! Shhhh..... perkara ini adalah rahsia dan saya tidak ingin dedahkannya di tempat terbuka seperti ini... Ia akan anda ketahui di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong.



“Saya sangat berpuashati dengan buku ini kerana banyak rahsia mengenai lelongan online didalamnya.


Penulisan dan susunan ayat yang teratur memudahkan lagi pembaca memahami akan isi kandungan buku ini dengan lebih cepat.”


Matzis Jusdi
Usahawan Internet
www.Matzis.com

Tingkatkan Keuntungan Anda!

 

Sebagai seorang usahawan internet yang menjual di portal Lelong dan eBay, antara cabaran paling besar untuk anda adalah dalam menguasai strategi optimasi yuran yang perlu anda bayar di dalam kedua-dua portal tersebut.

Sebagai seorang penjual, di antara kos operasi tertinggi untuk perniagaan anda adalah yuran yang perlu anda bayar untuk setiap barang yang ingin anda jual sebelum dan selepas ianya dijual.

Tanpa penguasaan strategi yuran yang baik, anda akan mendapati tanpa disedari menghabiskan ribuan Ringgit pada setiap bulan hanya untuk pembayaran yuran sahaja.

Dengan strategi yuran yang baik, anda cuma perlu membayar yuran dalam kadar yang kecil tetapi masih boleh memberikan promosi yang baik untuk barang jualan anda dan seterusnya meningkatkan keuntungan jualan anda sehingga berlipat-kali ganda!

Di dalam Bab #7 buku Rahsia Jutawan Lelong, saya akan mengupas secara terperinci yuran-yuran yang perlu anda bayar di portal Lelong dan juga eBay. Dengan berbekalkan pengetahuan ini, anda boleh memilih dengan lebih baik strategi promosi mana yang lebih sesuai untuk anda gunakan dan yuran mana yang lebih baik untuk anda bayar berbanding yuran-yuran lain. Dengan pengetahuan ini, saya pasti anda boleh melakukan optimasi pembayaran yuran-yuran dengan lebih baik selepas ini!

Saya juga akan memberikan contoh-contoh pengiraan yuran untuk lebih memudahkan anda untuk memahami strategi optimasi pembayaran yuran yang sebaik-baiknya. Dengan melihat contoh-contoh ini, anda boleh mendapat inspirasi di dalam merancang strategi yuran untuk perniagaan anda sendiri nanti!

Nota: 2 perkara penting yang telah saya kongsikan di dalam buku hebat ini adalah penerangan mengenai Barangan yang Tidak Dibayar (Unpaid Items) dan juga Barangan yang Tidak Terjual. Kedua-dua senario ini merupakan di antara masalah paling utama untuk seorang penjual di portal Lelong dan juga eBay. Dengan perkongsian saya bermula dari mukasurat 148, sudah pasti akan memberikan gambaran yang sewajarnya untuk pemahaman anda dan apa yang perlu anda lakukan sekiranya senario tersebut berlaku ke atas anda nanti! Perkara ini WAJIB anda ketahui!


"Penerbitan Buku Rahsia Raja Lelong sememangnya hebat serta lengkap dengan idea, panduan, tips dan rahsia kejayaan...namun keluaran terbaru anda iaitu Buku Rahsia Jutawan Lelong lagi POWER!


Ini terbukti dengan penerangan yang diberikan cukup senang difahami dan padat dengan maklumat berupa rahsia bernilai.

Saya yakin bahawa sesiapa juga boleh berjaya selaku JUARA LELONG seandainya mengikuti langkah, panduan, nasihat, tips dan sistem yang telah didedahkan melalui perkongsian 8 rahsia terkini tentang bagaimana berjaya sebagai pengusaha Lelong.com.my atau di eBay.com. Pastikan anda tidak ketinggalan memiliki keluaran terkini Eruwan Gerry...Hebat!
 

Yap Miu Seng
Usahawan Internet

Strategi Harga Produk!

 

Saya sering menerima soalan ini dari pembaca newsletter saya, "Apakah strategi terbaik untuk menentukan harga barang jualan saya?".

Saya pasti anda juga mempunyai persoalan yang sama...

Strategi penentuan harga barang jualan atau produk anda adalah penting kerana dengan menggunakan harga yang tidak sesuai, anda mungkin langsung tidak akan mendapat sebarang pembelian, atau lebih teruk lagi - mendapat kerugian daripada setiap penjualan anda!

Sudah pasti anda tidak mahu mengalami kerugian di dalam perniagaan anda tetapi mahukan keuntungan bukan?

Oleh itu, saya telah menyediakan satu bahagian khas di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong yang mengupas dengan terperinci strategi harga produk yang boleh anda aplikasikan. Strategi yang saya kongsikan ini merupakan strategi harga sama yang saya sendiri telah gunakan untuk perniagaan saya. Dengan ini, anda boleh yakin dengan keberkesanannya!

Harga produk jualan merupakan nadi kepada kejayaan perniagaan anda. Dalam pada itu, sebagai seorang usahawan yang bijak, anda perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai strategi harga produk ini!


"Panduan hebat A – Z yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai perniagaan lelongan online di Malaysia. Sekiranya anda sudah membaca buku “Rahsia Raja Lelong” yang telah memberikan panduan terperinci mengenai lelongan online, buku ini akan membantu memberikan gambaran menyeluruh model perniagaan internet ini”.
 

Choong Kean Teong
Penjual di Lelong.com.my
www.kemen.lelong.com.my


"Tahniah sekali lagi Gerry! Buku ini sungguh mudah untuk difahami. Ia merupakan panduan yang tepat untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan lelongan online yang sebenarnya!”.
 

Teoh Beng Wang
Penjual di Lelong.com.my
www.saver.com.my

Bermula Kecil, Berfikir Besar!

 

Saya "simpan" rahsia kejayaan saya yang paling penting di dalam bab terakhir di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong. Rahsia "bermula kecil tetapi berfikir besar" merupakan "secret recipe" untuk kejayaan saya di dalam bertahan bertahun-tahun lamanya di dalam dunia perniagaan internet. Bukan setakat mampu bertahan, tetapi mampu menjana keuntungan yang baik di sepanjang pengembaraan saya ini!

Dengan berbekalkan perkongsian rahsia ini, saya amat yakin yang anda juga boleh mengambil pengajaran yang berguna untuk perniagaan dan kehidupan anda sehingga mampu mencapai segala impian yang anda inginkan di dalam hidup anda.

Saya memulakan bab ini dengan penerangan terperinci mengenai strategi bermula kecil tetapi berfikir besar. Ramai orang yang terlalu ghairah apabila memulakan perjalanan mereka di dalam dunia perniagaan internet sehingga mahu melakukan segala-galanya dan ingin berjaya dalam jangkamasa yang singkat.

Akibatnya, mereka menghabiskan wang, masa dan tenaga mereka dalam masa yang singkat tetapi langsung tidak mencapai sebarang kejayaan seperti apa yang telah mereka impikan. Ini mengakibatkan mereka bersedih dan langsung terus meninggalkan dunia perniagaan internet yang sebenarnya mampu memberikan mereka apa yang mereka impikan jika mereka mengaplikasikan strategi yang tepat. Di sinilah mereka perlu memahami dan mengaplikasikan strategi bermula kecil tetapi berfikir besar saya...

Buat mereka yang bekerja makan gaji tetapi menjalankan perniagaan internet secara sambilan, mereka akan mula terfikir untuk berhenti kerja dan meneruskan perniagaan mereka dengan sepenuh masa setelah mencapai kejayaan yang hebat dengan strategi bermula kecil tetapi berfikir besar saya.

Saya akan menyentuh secara khas mengenai pilihan untuk berhenti kerja dan bila anda perlu melakukannya. Saya akan memberikan perkara-perkara yang perlu anda berikan perhatian sebelum anda membuat pilihan untuk berhenti kerja dan apa yang perlu anda sediakan di dalam perniagaan anda untuk menghadapinya. Dengan berbekalnya pengetahuan dan perkongsian saya, anda akan lebih bersedia untuk menempuh pengembaraan terkini di dalam kehidupan anda ini.

Sebelum saya mengakhiri buku Rahsia Jutawan Lelong, saya telah menghuraikan strategi "pendapatan pelbagai aliran" yang merupakan satu pecahan daripada strategi "bermula kecil tetapi berfikir besar". Di dalam bahagian ini saya akan menjelaskan dengan terperinci mengenai kepentingan mengembangkan pendapatan pelbagai aliran di dalam kehidupan anda.

Dengan memiliki pendapatan pelbagai aliran, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku di dalam kehidupan anda. Sudah pasti anda tidak mahu hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja dan apabila tiba-tiba sumber pendapatan tersebut terhenti, maka anda akan terkial-kial untuk mencari wang bagi meneruskan kehidupan anda! Di dalam ruangan khas ini, anda akan pelajari bagaimana saya melakukannya di dalam kehidupan saya dan bagaimana anda boleh melakukan perkara yang sama sebagai persediaan di dalam perniagaan dan kehidupan anda!



"Sebuah buku yang semestinya dimiliki dan dibaca oleh rakyat Malaysia di mana didalam buku ini Eruwan telah membawa kita meneroka dengan lebih jauh ke dalam dunia perniagaan internet.


Bukan sahaja memaparkan teknik-teknik biasa di dalam “lelongan di dalam talian (Online Auction)”, malah membawa kita memahami bagaimana menzahirkan sesebuah perniagaan maya kepada sebuah perniagaan yang berentitikan fizikal iaitu perniagaan yang berdaftar dan berjatidiri.

Tidak syak lagi bahawa Eruwan telah mengambil langkah yang sangat serius untuk memartabatkan perniagaan “di dalam talian-Online” setanding dengan jenis-jenis perniagaan konvensional lain yang pernah wujud di muka bumi Malaysia. Sebuah buku yang berteraskan hala tuju perniagaan, bermatlamat dan bermotifkan “kecapaian-Achievement”.

“Think Big-Berfikiran Besar” adalah salah satu perumpamaan yang boleh kita simpulkan sebagai nadi kekuatan buku ini. Mengandaikan perniagaan ini dibina diperingkat amatur tetapi mempunyai orientasi profesional dari segi pengurusan operasi dan matlamat keuntungan."
 

Mohd Yuzafi Yunos
Internet Marketer & Penjual di Lelong.com.my
www.viceversa.lelong.com.my

Ini Buku Fizikal!

 

Buku Rahsia Jutawan Lelong merupakan satu buku fizikal dan bukannya ebook.

Ini adalah gambar saya bersama Pengarah Urusan True Wealth Sdn Bhd (yang juga merupakan isteri kepada Mentor Jutawan - Azizi Ali) dengan buku Rahsia Jutawan Lelong:

 

 

 

 

Dapatkannya SEKARANG!

 

Saya amat yakin akan keberkesanan buku ini, dan sebagai membuktikan kata-kata saya, inilah jaminan saya kepada anda:
         
         
    Sekiranya anda tidak berpuashati dengan segala rahsia yang telah diberikan di dalam buku tersebut, anda boleh memulangkannya kepada pihak penerbit dalam masa 2 minggu selepas pembelian dan wang anda akan dikembalikan tanpa sebarang soalan.    
         

Sekiranya anda tidak bersetuju segala rahsia yang telah diberikan di dalam buku tersebut akan memberikan keuntungan yang lumayan kepada anda pada masa yang akan datang, atau anda berubah fikiran di atas sebarang sebab-sebab lain...

Boleh jadi disebabkan anda merasakan maklumat yang diberikan tidak setimpal dengan nilainya, atau anda tidak menyukai kertas yang digunakan untuk mencetaknya...

... anda boleh memulangkannya kepada pihak penerbit pada bila-bila masa dalam jangkamasa 2 minggu selepas pembelian dan wang anda akan dikembalikan.



"Rahsia Jutawan Lelong mendedahkan rahsia-rahsia yang padat dengan fakta dan tindakan yang perlu diambil untuk mengecap kejayaan dan keuntungan khususnya dalam lelongan online di lelong.com.my dan eBay.


Perincian fakta yang dikongsikan oleh beliau senang difahami dan mudah untuk dipraktikkan. Beliau turut berkongsi langkah-demi-langkah untuk menjadi ahli perniagaan yang hebat - antaranya: bagaimana untuk memulakan syarikat dan menguruskannya - merangkumi maklumat-maklumat am seperti pendaftaran syarikat, perakaunan, pengecualian/pembayaran cukai dan banyak lagi.

Beliau turut menyelitkan unsur-unsur motivasi untuk memastikan pembaca tidak mudah berputus-asa andai percubaan idea perniagaan mereka gagal dan memberikan beberapa tips bagaimana untuk bangun dari kegagalan tersebut.

Perkongsian yang padat, fakta yang hebat, perincian yang tepat - menjadikan buku ini antara koleksi yang sentiasa berada di sisi saya disepanjang perjalanan dan usaha saya untuk memantapkan strategi perniagaan internet saya khususnya di lelong.com.my dan eBay.

Terima kasih dan TAHNIAH saudara Eruwan di atas perkongsian ilmu yang hebat ini.
 

Ruby Kitam a.k.a. Rabiyah Kitam
Usahawan Internet

 

Pelajari 8 RAHSIA Untuk Mencapai Potensi Pendapatan 7-ANGKA di Portal Lelong & eBay - TANPA Sebarang Risiko!

 

Pendek kata, saya telah mencurahkan segala pengetahuan dan pengalaman saya selama 8 tahun di dalam dunia perniagaan internet di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong untuk membantu sesiapa saja untuk BERJAYA!

Oleh kerana itu, saya yakin bahawa tidak terdapat sebarang bahan rujukan lain di pasaran yang mampu membongkar segala rahsia hebat seperti yang telah saya bukukan ini.

Sekiranya anda serius di dalam mencapai kejayaan yang hebat di dalam lelongan online secara khasnya dan perniagaan internet secara amnya, buku Rahsia Jutawan Lelong sepatutnya menjadi sahabat karib anda!

Tidak ada sebarang perkara yang ditinggalkan - segala rahsia dibongkar di dalam buku ini!
     
  PERHATIAN!!! Jangan lupa - buku ini hanya berharga RM39.90 sahaja dan pelaburan anda dijamin 100%! Sekiranya anda tidak berpuashati dengan buku tersebut, anda boleh memulangkannya semula dan mendapatkan kembali wang anda!  
     
     
 

 


(Anda akan dihantar ke laman web penerbit yang selamat
untuk melengkapkan urusniaga).

 

 
     

Sebaik sahaja pihak penerbit memproses pesanan anda, buku anda akan dihantar kepada anda pada selewat-lewatnya 24 jam selepas anda membuat pesanan. Buku anda akan dihantar melalui Pos Ekspres dan ianya akan sampai kepada anda dalam masa 1 - 3 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda.

Inilah masanya untuk mengejar segala impian kewangan anda!

Dapatkan buku anda sekarang!

Salam kejayaan,

Gerry

Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com
       
       
       
 

SOALAN LAZIM

 
       
       
  S: Adakah buku ini e-book (buku elektronik)?  
       
  J: Tidak! Buku ini adalah buku fizikal yang boleh anda bawa ke mana sahaja untuk dibaca.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya selamat?  
       
  J: Ya! Pesanan anda 100% selamat kerana pesanan anda diprocess melalui laman web pihak penerbit di www.BookPlanet.com.my melalui sistem pemesanan yang selamat.  
       
       
  S: Bagaimana buku tersebut akan dihantar kepada saya?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda melalui Pos Ekspress yang cepat dan selamat. Ia akan terus dihantar kepada alamat yang telah anda berikan semasa pemesanan. Penghantaran melalui Pos Ekspress mengambil masa 1 - 3 hari bergantung kepada lokasi anda. Anda juga akan diberi nombor rujukan untuk membolehkan anda melihat pergerakan bungkusan anda.  
       
       
  S: Bilakah buku tersebut akan dihantar kepada saya selepas pesanan?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda dalam masa 24 jam selepas pesanan untuk hari bekerja. Sekiranya pesanan dibuat pada hari bukan bekerja, buku anda akan dihantar pada hari bekerja seterusnya.  
       
       
  S: Bagaimana keadaan buku yang saya pesan?  
       
  J: Buku yang anda pesan adalah baru dan belum pernah digunakan kerana anda membuat pesanan terus daripada pihak penerbit.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya dijamin?  
       
  J: Ya! Pesanan anda dijamin oleh pihak penerbit. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk meneliti buku tersebut. Sekiranya anda tidak berpuashati dengannya, anda boleh memulangkan semula kepada pihak penerbit bersama bukti pembelian dalam tempoh tersebut untuk mendapat pemulangan semula wang (kos penghantaran semula perlu ditanggung oleh anda).  
       
       
  S: Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda dengan menghubungi Bahagian Jualan True Wealth Sdn Bhd di email: sales@MillionairesPlanet.com atau di nombor telefon: 03-78803051.  
       
       
  S: Adakah pihak Admin Rahsia Raja Lelong dapat membantu saya mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Tidak. Pihak admin kami hanya bertanggungjawab menjalankan aktiviti promosi. Segala urusan pesanan diproses oleh pihak penerbit kerana segala pesanan melalui laman web Rahsia Raja Lelong akan disalurkan kepada laman web pesanan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda, sila hubungi Bahagian Jualan True Wealth Sdn Bhd seperti yang tertera di jawapan di atas.  
       
       
       

P.S. Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat yang terkandung di dalam buku Rahsia Jutawan Lelong adalah berguna dan akan dapat membantu untuk mengembangkan perniagaan lelongan online anda sehingga berjaya. Anda akan mendapat beratus-ratus kali ganda harga pelaburan kecil anda untuk mendapatkan buku ini. Pihak penerbit saya memberikan Jaminan Pembelian Tanpa Risiko untuk mendapatkan buku ini memandangkan pihak penerbit saya menjanjikan 100% Wang Dikembalikan selama 2 Minggu - sekiranya anda tidak berpuashati dengan isi kandungan buku ini, pihak penerbit saya akan mengembalikan 100% wang pembelian anda tanpa sebarang persoalan.

P.P.S. Ingat! Pihak penerbit saya cuma boleh memberikan Tawaran Wang Dikembalikan ini untuk satu jangkamasa yang terhad. Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk anda membeli buku ini sekarang supaya perniagaan lelongan online anda akan lebih berjaya selepas ini! Beli SEKARANG!


   

Copyright RahsiaRajaLelong.com All Rights Reserved

Privacy Policy | Anti-Spam Policy | AUP (Acceptable Use Policy) | Earnings Disclaimer | Postage & Shipping