10% Penipuan di Internet Berlaku di Portal Lelongan Online!*

(*Berdasarkan
2010 Internet Crime Report oleh
Internet Crime Complaint Center di US)

Anda Mungkin Menjadi Mangsa Yang Seterusnya...

 

DARI: Eruwan Gerry
RE: AWAS! Trik Penipu di eBay...

 

Wahai Sahabat,

Ada mungkin sudah sedia maklum tentang kehebatan dan kekuatan portal eBay di mana sudah ramai orang di seluruh dunia yang melakukan transaksi sebagai pembeli atau penjual di portal tersebut.

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai eBay yang perlu anda ketahui:

  • Terdapat melebihi 100 juta paparan barangan untuk dijual di eBay
     

  • Portal eBay mengandungi 50,000 kategori barangan
     

  • Transaksi sebanyak USD$1,840 berlaku pada setiap saat di eBay
     

  • Melebihi 1.3 juta penjual di seluruh dunia menggunakan portal eBay sebagai sumber pendapatan utama atau kedua mereka
     

  • Anda cuma perlu menggunakan satu User ID untuk mengakses kesemua portal eBay di 39 buah negara di seluruh dunia!
     

  • eBay mempunyai melebihi 88 juta ahli yang berdaftar di seluruh dunia.

 

 

 

PERCUMA untuk anda!

1. Ebook Kuasa Lelongan dengan Hak Penjualan Semula (bernilai RM30)

2. Laporan Khas "Rahsia Kejayaan Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah" (bernilai RM67)

3. Newsletter 5-Bahagian "Panduan Menjual di Lelong.com.my"
(bernilai RM37)

4. Pakej eBook eBay dengan 30 ebook (bernilai RM197)

5. Newsletter Bulanan JejakUsahawanInternet.com (bernilai RM97)

 

Sila masukkan nama dan alamat email anda di bawah dan kami akan menghantarkan kesemuanya kepada anda secara PERCUMA!

 

 
 
Borang Langganan
Nama:
Email:
 
 

(Contoh Email: ali1979@yahoo.com adalah BETUL manakala ali1979@yahoo dan ali1979 adalah SALAH)

Nota Penting: Kami TIDAK AKAN memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak. Anda mempunyai hak untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa!

 
     
     

 

Oleh kerana kekuatan dan kehebatan portal tersebut, maka ia telah menarik minat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencari wang mudah dengan cara mengambil kesempatan di atas kekurangan pengetahuan dan pengalaman orang-orang yang menggunakan portal tersebut.

Keadaan ini jelas terbukti berdasarkan fakta yang tercatat di dalam 2010 Internet Crime Report yang telah dikeluarkan oleh Internet Crime Complaint Center di Amerika Syarikat. Biro tersebut telah memberikan senarai Top 10 jenis-jenis penipuan internet yang telah dilaporkan kepada mereka untuk sepanjang tahun 2010. Penipuan di portal lelongan online telah menduduki tempat ke-3 di dalam senarai tersebut. Berikut adalah screenshot Top 10 Crime Types daripada laporan tersebut:

 

Anda mungkin terfikir, penipuan ini cuma berlaku di Amerika Syarikat saja dan tak mungkin akan berlaku ke atas pengguna-pengguna portal lelongan online di negara kita Malaysia...

Namun demikian, berdasarkan kajian saya, ia sememangnya berlaku terhadap pengguna-pengguna portal eBay di negara kita sama ada mereka sebagai penjual atau pun pembeli. Bezanya cuma, rakyat negara kita masih lagi kurang kesedaran untuk melaporkan kejadian-kejadian penipuan yang berlaku ke atas mereka. Cuma sebilangan kecil saja kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dipaparkan di dalam media massa. Saya percaya, sebilangan besar daripada kes yang berlaku tidak dilaporkan seperti sepatutnya...

Berikut adalah sebilangan kes penipuan yang sempat saya rekodkan berdasarkan kajian saya di forum portal eBay, blog dan juga laman web di Malaysia:
 

  No.
Kes Penipuan
 
  1. Pada 24hb Disember 2005, seorang pembeli telah membeli sebuah kamera jenama Konica daripada seorang penjual di portal eBay Malaysia. Selepas melakukan pembayaran, penjual menyatakan yang proses penghantaran akan mengambil masa sehingga 12 hari. Selepas 12 hari berlalu, barang tersebut masih belum tiba di tempat pembeli. Apabila pembeli cuba menghubungi si penjual, penjual langsung tidak memberikan sebarang respon.  
       
  2. Pada 18hb Mac 2006, terdapat penjual-penjual daripada negara China yang mendaftar di portal eBay Malaysia yang bertindak menjual produk-produk beg tangan wanita yang tidak tulin. Akibatnya, ramai pembeli telah tertipu dengan membeli barangan yang tidak tulin si penjual menjualnya seakan-akan yang ianya barangan tulin.  
       
  3. Pada 24hb Jun 2009, seorang pembeli telah ditipu oleh seorang penjual di portal eBay Malaysia. Penjual tersebut mengatakan yang dia sedang menjual barang rampasan pihak kastam. Oleh kerana itu, penjual tersebut menjual produk-produk berjenama dengan harga yang amat murah. Pembeli tersebut telah kehilangan hampir RM5000 tanpa mendapat apa-apa barang yang telah dibelinya daripada penjual tersebut.  
       
  4. Pada 27hb September 2009, seorang pembeli telah ditipu oleh seorang penjual di eBay Malaysia. Pembeli tersebut telah membayar untuk membeli sebuah telefon bimbit yang sedang dijual. Penjual tersebut mengatakan bahawa barang tersebut sudah dihantar kepada pembeli tetapi sehingga hari ini ianya tidak sampai seperti yang sepatutnya. Penjual tersebut sudah tidak dapat dihubungi lagi selepas itu. Setelah itu, pembeli tadi mendapati bahawa penjual yang sama telah menipu ramai ahli eBay Malaysia yang lain sehingga berjumlah beribu-ribu Ringgit.  
       
  5. Ada penipu dari negara China yang mendaftarkan diri mereka di portal eBay Malaysia dan bertindak menjual produk-produk elektronik seperti laptop pada harga yang murah. Setelah mendapat pembayaran daripada pembeli, mereka tidak menghantar barangan malah bertindak mengugut pembeli untuk menyerahkan lebih banyak wang agar tidak mendapat rating negatif daripada si penjual.  
       
  6. Ada pembeli dari negara Nigeria yang menghubungi penjual-penjual di portal eBay Malaysia dan ingin membeli barang jualan mereka. Mereka menyuruh penjual menghantar barangan ke negara mereka Nigeria. Pembayaran yang mereka katakan telah dibuat sebenarnya penipuan semata-mata. Mereka menggunakan cara pembayaran yang sukar untuk dikesan kesahihannya seperti BidPay dan Western Union.  
       
  7. Seorang pembeli daripada Jepun menghantar mesej kepada penjual-penjual di portal eBay Malaysia dengan tujuan ingin membeli satu produk yang hanya dijual di Malaysia. Pembeli tersebut memohon bantuan daripada mana-mana penjual yang sudi menghulurkan bantuan. Di sebaliknya permohonan tersebut, si pembeli hanya ingin cuba mendapatkan maklumat akaun Paypal penjual dengan tujuan untuk menyalahgunakannya.  
       
  8. Seorang penjual yang menjual telefon bimbitnya di portal eBay Malaysia telah mendapat pembelian daripada seorang pembeli daripada Nigeria. Pembeli tersebut telah menyatakan yang dia sudah melakukan pembayaran menerusi Bank of America dengan memberikan email makluman daripada bank tersebut. Penjual tanpa rasa was-was telah menghantar telefon bimbit tersebut ke alamat yang telah diberikan di Nigeria. Sehingga kini, si penjual belum menerima bayaran untuk pembelian tersebut.  
       
  9. Satu lagi kes penipuan seperti di dalam cerita nombor 10, seorang penjual telah mendapat pembelian untuk laptopnya daripada seorang pembeli di Nigeria. Penjual mendapat satu email daripada Paypal yang menyatakan bahawa dia sudah menerima pembayaran. Tanpa rasa was-was penjual tersebut telah menghantar barang ke Nigeria. Sehingga kini, dia belum mendapat sebarang pembayaran daripada Paypal untuk pembelian tersebut sedangkan pembeli mengatakan yang dia sudah melakukan pembayaran.  
       
       

 

Apa yang telah dilaporkan pada hemat saya, cuma sedikit saja daripada jumlah sebenar yang berlaku...


 

Kejujuran eBay

 

Laman web ini bukan dihasilkan untuk menjatuhkan atau memalukan portal lelongan online #1 dunia iaitu eBay!

Pihak eBay sentiasa mempertahankan kejujuran portal mereka di dalam memberikan ruangan untuk menjalankan urusniaga di antara seseorang penjual dengan seseorang pembeli. Malah mereka telah melakukan pelbagai perkara dengan tujuan untuk memastikan setiap ahli di dalam portal mereka turut berpegang kepada prinsip kejujuran di dalam urusniaga tersebut.

Laman web ini sebenarnya telah saya hasilkan untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia mengenai jenis-jenis penipuan yang berlaku di eBay dan perkara-perkara lain yang mempunyai perkaitan dengan penipuan di portal eBay. Penipuan-penipuan ini dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan eBay untuk mendapatkan keuntungan mudah dan bukannya dilakukan oleh pihak eBay sendiri.

Portal eBay boleh saya umpamakan sebagai sepucuk pistol. Jika pistol tersebut berada di dalam tangan seseorang yang baik seperti seorang polis, maka pistol tersebut akan digunakan untuk kebaikan. Jika pistol tersebut berada di dalam tangan seseorang yang jahat seperti seorang penjenayah, maka pistol tersebut pasti akan digunakan untuk melakukan keburukan.

Keadaan ini sama seperti portal eBay. Portal eBay telah disediakan untuk membantu individu yang baik untuk melakukan urusniaga jual beli di dalam keadaan yang jujur dan selamat. Tetapi ia juga sering disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mengaut keuntungan mudah dengan menggunakan portal tersebut.

Oleh itu, sebagai seorang pengguna portal eBay, anda perlu mempunyai pengetahuan di dalam memahami dan menangani masalah penipuan di portal eBay sekiranya ianya berlaku ke atas diri anda.

 

Saya Pernah Ditipu!

 

Saya pernah ditipu di eBay!

Walaupun saya kini dikenali sebagai Pakar Lelongan Online #1 di Malaysia yang telah menghasilkan buku-buku bestseller iaitu buku Rahsia Raja Lelong dan juga buku Rahsia Jutawan Lelong, pada awal penglibatan saya di eBay, saya pernah ditipu oleh seorang ahli lain. Sudah tentu keadaan tersebut tidak mengambarkan pengetahuan seorang ”pakar” kerana telah berjaya ditipu oleh orang lain. Namun demikian, itulah yang telah berlaku kepada saya.

Disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan pengalaman saya di portal eBay pada masa itu, saya telah berjaya ditipu oleh seorang penjual di eBay yang berada di Romania! Saya telah ditipu untuk membeli sebuah laptop berjenama mahal pada satu harga yang murah.

Akibatnya, laptop tak dapat, duit pula hilang begitu saja kerana saya telah melakukan pembayaran melalui Western Union yang menyukarkan proses untuk mendapatkan semula duit yang telah anda hantar kepada pihak lain.

Bermula dari peristiwa hitam tersebut, saya telah bertekad untuk tidak lagi mudah terpedaya oleh mana-mana penjual atau pembeli di eBay ataupun di mana-mana laman web lain di dalam internet.

Saya telah meningkatkan pengetahuan saya dan telah berusaha untuk mempelajari sebanyak mungkin perkara mengenai bagaimana pihak-pihak tidak bertanggungjawab melakukan penipuan di portal eBay dan juga di laman-laman web lain yang mempunyai perkaitan dengan eBay seperti di Paypal dan juga di laman web dropshipper.

 

Pengetahuan & Pengalaman Kunci Kejayaan!

 

Kini, saya dikenali sebagai seorang pakar lelongan online di Malaysia dan saya banyak meluangkan masa untuk membantu orang lain untuk memulakan perniagaan mereka di portal eBay dan membantu mereka untuk mencapai kejayaan di dalam portal tersebut.

Berikut adalah di antara beberapa jemputan ceramah dan workshop yang pernah saya hadiri:

 

Konvensyen Keusahawanan anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan 1000 peserta

 

Wealth Summit anjuran syarikat Mentor Jutawan - Azizi Ali

 

Konvensyen Keusahawanan TEKNOPUTRA anjuran MARA,
INSKEN dan Universiti KL dengan dihadiri 300 peserta

 

Pelancaran buku di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC

 

Penceramah untuk pihak eBay South East Asia di Ceramah
"Empowering Business Through E-Commerce on eBay" di Bangunan
MATRADE dengan dihadiri 300 peserta usahawan perniagaan
kecil dan sederhana Malaysia

 

Penceramah jemputan untuk Biz Talk kepada pelajar-pelajar
Executive Master in Business Administration di UiTM

 

 

Ini pula adalah gambar saya bersama Mentor Jutawan - Azizi Ali dan juga Pengarah Urusan TrueWealth Sdn Bhd - Azlynn Azizi untuk buku Rahsia Raja Lelong dan buku Rahsia Jutawan Lelong saya:

 

 

Mentor Jutawan - Azizi Ali menyakini pengetahuan dan pengalaman saya sehinggakan beliau sudi menemuramah saya untuk buku beliau - Jalan Pintas Kekayaan:

 

Saya juga pernah dijemput untuk berkongsi tentang buku Rahsia Raja Lelong saya di dalam rancangan televisyen kelolaan RTM:

 

 

 

 

Sahabat-sahabat usahawan internet saya di Malaysia juga sering menjemput saya untuk menyertai program mereka dan juga berkongsi tentang pengetahuan dan pengalaman saya dalam lelongan online:

         

 

        Eruwan bersama Pengasas Forum WangCyber -
Mohd Suhaimy Abu Bakar a.k.a Shuth

   

 

Eruwan bersama Gero Azrul - Pengerusi Persatuan Usahawan Internet Malaysia

 

        

Eruwan bersama Team Penang (dari kiri: Jimie, Razif, Eruwan, Zamri & Rosli)

 

Eruwan bersama Jutawan Singapura - Abang Abu

               

 

Eruwan bersama Pakar Ebook - Jamaluddin Bahari

               

 

Eruwan bersama Pakar Affiliate - Rahman Basri

 

   

Eruwan Gerry bersama Ammar Zahar & Ritchie

 

Oleh itu, tidak terlalu ekstrem jika saya katakan yang saya memang arif tentang perniagaan internet dan juga perniagaan lelongan online di portal Lelong dan juga eBay...

 

Buku AWAS! Trik Penipu di eBay

 

Di sepanjang usaha saya untuk membantu orang lain, akan ada individu yang meluahkan kepada saya bahawa mereka telah ditipu oleh pihak-pihak tertentu seperti penjual di eBay, pembeli di eBay atau mana-mana laman web lain yang mendakwa mereka mempunyai perkaitan dengan portal eBay.

Oleh itu, idea untuk menghasilkan buku yang bakal menjadi rujukan utama mengenai teknik penipuan yang boleh berlaku di portal eBay kepada pembeli dan penjual dan juga penerangan terperinci cara untuk menangani dengan berkesan penipuan-penipuan tersebut telah lahir.

Tidak lama selepas itu, saya telah mengabadikan idea tersebut ke dalam karya saya yang seterusnya iaitu buku AWAS! Trik Penipu di eBay.

Dengan berbekalkan maklumat dan pengetahuan yang anda perolehi daripada buku ini, saya pasti yang anda akan lebih yakin melakukan urusniaga anda di portal eBay sebagai seorang pembeli atau penjual dan akan mampu mengenalpasti unsur-unsur yang meragukan pada sesuatu tawaran di eBay atau di mana-mana laman web lain yang mempunyai perkaitan dengan eBay.

Anda juga akan lebih berupaya untuk mengenali pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan akan mampu mempertahankan diri anda daripada dipermainkan oleh mereka. Ini sudah tentu akan dapat membantu untuk mencapai objektif anda di portal eBay iaitu sebagai seorang pembeli atau sebagai seorang penjual yang berjaya.

 

Isi Kandungan Mantap!

 

Berikut adalah di antara perkara penting yang boleh anda pelajari sebagai seorang penjual atau pembeli di portal eBay dengan mendapatkan buku AWAS! Trik Penipu di eBay:

  • 4 kategori penipu di portal eBay. Jika anda mengetahui kategori-kategori mereka, maka akan lebih mudah untuk anda menangani jenis-jenis penipuan yang mereka lakukan.
     

  • Terdapat satu penipuan di portal eBay yang sering digunakan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab. Saya akan bongkarkan cara mudah untuk mengenali penipuan sebegini supaya anda boleh terus mengelak daripada terjebak ke dalam perangkap mereka. Tip ini siap dilengkapi dengan gambarajah untuk membantu pemahaman anda. Anda pasti tidak mahu terlepas pengetahuan ini...
     

  • Satu lagi teknik penipuan yang sering digunakan oleh penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab di portal eBay adalah dari segi penulisan tajuk dan diskripsi barangan. Di dalam Bab 6, saya akan ajar anda bagaimana untuk mengenalpasti penjual yang menipu dari segi penulisan tajuk dan diskripsi barang jualan. Ini akan membantu anda untuk mengasingkan penjual yang betul-betul jujur dengan penjual yang boleh diragui kepercayaannya!
     

  • Jika anda telah membida untuk satu barang pada harga yang rendah - jangan terus gembira... Si penjual masih boleh melakukan penipuan yang boleh meningkatkan harga akhir yang perlu anda bayar kepadanya. Jika anda sudah membida pada harga yang rendah, jangan sampai pada akhirnya anda terpaksa membayar pada satu harga tinggi yang lebih daripada kemampuan anda. Anda perlu tahu strategi untuk mengelakkan daripada diperdaya dengan sedemikian rupa.
     

  • Ada di kalangan penjual yang akan menghubungi anda di luar portal eBay untuk menawarkan barang jualan mereka pada harga yang lebih murah. Bagaimana untuk mengenalpasti penjual mana yang jujur dan penjual mana yang sebenarnya ingin melakukan penipuan? Saya akan kongsikan rahsianya bermula di Mukasurat 36. Saya akan berikan satu cara penting untuk memastikan yang urusniaga anda itu akan berlangsung dengan selamat...
     

  • Pasti ada penjual yang menjual barangan tiruan di portal eBay seakan-akan tulin atau original. Malah si penjual sendiri akan berani menjamin yang ianya barang tulin. Tetapi bagaimana anda boleh memastikan ketulinan barang tersebut? Saya akan berikan anda 3 langkah mudah untuk mengenalpasti sama ada barang tersebut adalah tulin atau sebaliknya. Dengan mengetahui 3 langkah ini, kehidupan anda sebagai seorang pembeli di portal eBay akan menjadi jauh lebih mudah...
     

  • Para penjual di portal eBay sering menjadi sasaran sindiket penipuan antarabangsa untuk mendapatkan maklumat akaun mereka. Jika anda merupakan seorang penjual di portal eBay, maka maklumat anda mungkin dalam bahaya. Bermula Mukasurat 53, saya akan kongsikan cara untuk mengelakkan daripada maklumat akaun eBay anda dicuri dan disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Strategi yang mereka gunakan adalah licik dan dikebanyakkan masa langsung tidak diketahui oleh pihak eBay sendiri. Saya tahu kerana saya sendiri pernah terkena penipuan ini...
     

  • Sudah biasa terjadi si pembeli akan memberikan alasan barang yang anda hantar sebagai seorang penjual di portal eBay telah rosak atau tidak sampai dan si pembeli meminta refund wang yang telah mereka bayar. Dalam kebanyakkan kes, ia sebenarnya adalah satu bentuk penipuan di pihak pembeli. Terdapat cara untuk menangani penipuan ini dan anda sebagai seorang penjual di eBay WAJIB mempelajarinya kerana ia akan mampu mengelakkan kerugian yang besar di dalam perniagaan anda di portal eBay dalam jangkamasa panjang.
     

  • Memandangkan persaingan sebagai penjual di portal eBay amat tinggi, maka lebih ramai penjual baru di portal eBay yang ingin mengambil jalan mudah untuk mencapai kejayaan sebagai seorang penjual berbanding penjual-penjual veteran yang terpaksa bermula dari bawah dan membina perniagaan mereka secara berperingkat-peringkat. Penjual-penjual ini lebih suka untuk meniru atau copy & paste segala barang yang sedang dijual oleh penjual lain yang telah berjaya. Mereka tanpa segan silu meng-copy gambar, tajuk dan juga diskripsi barangan untuk digunakan di dalam barang jualan mereka sendiri di portal eBay. Akibatnya, anda sebagai penjual mendapat pesaing-pesaing baru yang menjual barangan hampir 100% sama dengan apa yang sedang anda jual di portal eBay. Ini sudah pasti akan menyukarkan diri anda untuk terus "mencari makan" di portal eBay. Jika anda tidak tahan dengan situasi sebegini, mungkin anda akan terus mengalah dan ini akan membolehkan penjual itu bermaharajalela. Anda perlu menghentikan perbuatan penipuan sebegini yang pasti cuma akan menyusahkan anda. Saya telah bongkarkan caranya di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay.
     

Selain daripada maklumat-maklumat penting di atas, saya juga akan kongsikan beberapa perkara penting lain yang perlu anda tahu sebagai seorang ahli portal eBay. Di antaranya adalah:

  • Salah satu cara untuk mengembangkan perniagaan anda di portal eBay sebagai seorang penjual adalah dengan menggunakan perkhidmatan dropshipping yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu di dalam dunia internet. Masalahnya, dengan terdapat beribu-ribu portal yang mendakwa boleh mendapatkan bekalan untuk anda dan membantu melakukan dropshipping, bagaimana anda boleh pastikan pihak mana yang sememangnya jujur dan bukan hanya ingin melarikan diri dengan wang anda? Di dalam Bab 16 saya akan kongsikan perkara-perkara penting yang perlu anda perhatikan sebelum menerima perkhidmatan pembekal dan dropshipping yang ditawarkan oleh mana-mana pihak. Saya juga akan berkongsi maklumat tentang pembekal yang betul-betul terjamin kejujuran dan sikap profesional mereka. Ini sememangnya satu maklumat yang PANAS!
     

  • Anda perlu tahu cara untuk mendapatkan bantuan pihak eBay dengan pantas. Kini sudah terdapat melebihi 100 Juta ahli portal eBay di seluruh dunia. Bagaimana untuk anda pastikan yang anda mendapat layanan yang pantas daripada pihak mereka? Saya akan bongkarkan caranya di dalam Bab 19.
     

  • Cara transaksi pembayaran melalui pembeli dan penjual yang paling banyak digunapakai di portal eBay adalah transaksi pembayaran melalui Paypal. Tahukah anda bahawa sebagai pemilik akaun Paypal, anda juga mempunyai risiko tinggi untuk ditipu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuma mahukan maklumat peribadi akaun Paypal anda? Jangan sampai anda menjadi mangsa penipuan sehingga "licin" semua wang yang anda miliki di dalam akaun Paypal anda. Saya berada di sini untuk membantu anda... Caranya sudah saya sediakan di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay...
     

  • Akhir sekali, saya akan kongsikan bagaimana menguruskan kes-kes Unpaid Items atau barangan yang telah dibeli atau dibida tetapi tidak dibayar oleh si pembeli. Selalunya perkara ini dilakukan oleh Joybidders atau pembida suka-suka. Saya akan kongsikan cara bagaimana untuk menangani kes-kes seperti ini dan bagaimana untuk menjana wang untuk barang jualan anda walaupun berlaku penipuan daripada pembeli utama anda itu... Maklumat ini amat berharga untuk masa depan perniagaan anda di portal eBay.


Itulah sedikit sebanyak maklumat berharga yang akan saya kongsikan kepada anda di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay. Masih terdapat banyak lagi maklumat penting yang tidak sempat saya senaraikan di sini... Tetapi saya berharap yang anda faham bahawa tidak ada buku rujukan sepertinya di pasaran Malaysia pada masa kini. Oleh itu, ia bakal menjadi satu bahan rujukan yang berharga untuk segala urusan anda di portal eBay sebagai seorang pembeli atau penjual.

 

Kontroversi PANAS!

 

Semenjak buku saya ini dilancarkan di pasaran Malaysia, ia telah menimbulkan satu kontroversi yang panas!

Ada di kalangan penjual veteran dari Malaysia di portal eBay yang tidak berpuashati dengan pendedahan saya ini. Mereka cuma mahukan segala bahan yang dihasilkan mengenai portal eBay oleh rakyat Malaysia cuma menceritakan mengenai kebaikan dan kehebatan portal tersebut.

Oleh kerana rasa tidak puashati, mereka telah membuat laporan mengenai buku saya ini kepada pihak eBay South East Asia yang berpusat di Singapura. Pihak eBay South East Asia telah menghubungi saya dan memohon penjelasan mengenai kandungan buku tersebut.

Saya telah memberikan maklumat sepenuhnya mengenai niat saya di dalam menulis buku ini dan juga kepentingan untuk mendidik lebih ramai ahli mengenai risiko-risiko yang boleh dihadapi sebagai seorang pembeli atau penjual di portal eBay. Malah saya telah menghantar satu buku kepada mereka di Singapura untuk dilihat dan dinilai isi kandungannya. Setelah itu, mereka menerima penjelasan saya...

Seperti yang telah saya kongsikan di bahagian awal laman web ini, syarikat eBay tidak pernah sama sekali bertindak menipu ahli-ahli mereka. Begitu juga dengan syarikat Paypal.

Kes-kes penipuan berlaku disebabkan oleh pihak-pihak lain yang tidak bertanggungjawab dan bertindak menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan oleh syarikat eBay dan syarikat Paypal untuk mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri.

Pihak eBay sentiasa berusaha untuk memperbaiki ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam portal mereka agar dapat mengurangkan kebarangkalian terjadinya kes penipuan di dalam portal mereka.

Berdasarkan kajian pihak eBay, 99.9% daripada segala transaksi urusniaga yang berlaku di eBay berakhir dengan kejayaan di antara penjual dan pembelinya. Cuma terdapat lebih kurang 0.1% daripada urusniaga yang berlaku di eBay adalah urusniaga penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya percaya bahawa kes-kes penipuan adalah lebih tinggi daripada yang dilaporkan kerana masih ramai lagi pengguna portal eBay yang tidak faham tentang hak-hak mereka dan apa yang perlu mereka lakukan apabila berlaku sebarang kes penipuan ke atas diri mereka. Ini menyebabkan mereka tidak membuat laporan kepada pihak eBay seperti yang sepatutnya mereka lakukan.

Saya secara jujur berharap yang anda dapat mengambil manfaat dan ilmu yang berguna berdasarkan apa yang telah saya kongsikan di dalam buku ini. Dengan berbekalkan pengetahuan yang telah anda perolehi, anda akan lebih bersedia untuk menjalankan urusniaga sebagai seorang pembeli atau penjual hebat di portal eBay dan akan mampu mengenalpasti sekiranya terdapat pihak lain yang ingin melakukan penipuan terhadap anda.

 

Pertahankan Diri Anda Sebagai Pembeli Atau Penjual di Portal eBay Daripada Penipu & Penyangak!

 

Saya telah mencurahkan segala pengetahuan dan pengalaman saya selama 8 tahun di dalam dunia perniagaan lelongan online di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay untuk membantu pembeli dan penjual di portal eBay untuk menjadi seorang pengguna portal yang lebih HEBAT!

Oleh kerana itu, saya yakin bahawa tidak terdapat sebarang bahan rujukan lain di pasaran Malaysia yang mampu membongkar segala penipuan dan cara mempertahankan diri anda seperti yang telah saya hasilkan ini.

Sekiranya anda serius di dalam mencapai kejayaan yang hebat di portal eBay, buku AWAS! Trik Penipu di eBay sepatutnya menjadi sahabat karib anda!

Dengan pelaburan sebanyak hanya RM15 sahaja untuk mendapatkan buku ini, saya pasti yang anda akan berterima kasih kepada saya apabila maklumat yang terkandung di dalamnya mampu membantu mengelakkan kehilangan wang anda dalam ratusan atau ribuan Ringgit disebabkan penipuan di portal eBay. Ia semestinya satu pelaburan yang amat wajar!

Tidak ada sebarang perkara yang ditinggalkan - segala rahsia dibongkar di dalam buku ini!
     
     
 

 


(Anda akan dihantar ke laman web penerbit yang selamat
untuk melengkapkan urusniaga).

 

 
     

Sebaik sahaja pihak penerbit memproses pesanan anda, buku anda akan dihantar kepada anda pada selewat-lewatnya 2 hari bekerja selepas anda membuat pesanan. Buku anda akan sampai kepada anda dalam masa 1 - 3 hari bekerja bergantung kepada lokasi anda.

Jika anda tidak mahu kehilangan wang disebabkan penipuan yang boleh berlaku di portal eBay, anda perlu mendapatkan buku ini SEKARANG!

Salam kejayaan,

Gerry

Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com
       
       
       
 

SOALAN LAZIM

 
       
       
  S: Adakah buku ini e-book (buku elektronik)?  
       
  J: Tidak! Buku ini adalah buku fizikal yang boleh anda bawa ke mana sahaja untuk dibaca.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya selamat?  
       
  J: Ya! Pesanan anda 100% selamat kerana pesanan anda diprocess melalui laman web pihak penerbit di www.PTS.com.my melalui sistem pemesanan yang selamat.  
       
       
  S: Bagaimana buku tersebut akan dihantar kepada saya?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda melalui Pos Ekspress atau Pos Laju yang cepat dan selamat. Ia akan terus dihantar ke alamat yang telah anda berikan semasa pemesanan. Penghantaran melalui Pos Ekspress atau Pos Laju mengambil masa 1 - 3 hari bergantung kepada lokasi anda. Anda juga akan diberi nombor rujukan untuk membolehkan anda melihat pergerakan bungkusan anda.  
       
       
  S: Bilakah buku tersebut akan dihantar kepada saya selepas pesanan?  
       
  J: Buku tersebut akan dihantar kepada anda dalam masa selewat-lewatnya 2 hari bekerja selepas pesanan dibuat.  
       
       
  S: Bagaimana keadaan buku yang saya pesan?  
       
  J: Buku yang anda pesan adalah baru dan belum pernah digunakan kerana anda membuat pesanan terus daripada pihak penerbit.  
       
       
  S: Adakah pesanan saya dijamin?  
       
  J: Ya! Pesanan anda dijamin oleh pihak penerbit. Anda boleh mendapatkan ganti daripada pihak penerbit jika terdapat sebarang masalah percetakan pada buku yang telah anda pesan itu.  
       
       
  S: Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda dengan menghubungi PTS Sdn Bhd di email: sales@pts.com.my atau di nombor telefon: 03-61880316.  
       
       
  S: Adakah pihak Admin Rahsia Raja Lelong dapat membantu saya mendapatkan maklumat berkenaan pesanan saya?  
       
  J: Tidak. Pihak admin kami hanya bertanggungjawab menjalankan aktiviti promosi. Segala urusan pesanan diproses oleh pihak penerbit kerana segala pesanan melalui laman web Rahsia Raja Lelong akan disalurkan kepada laman web pesanan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pesanan anda, sila hubungi PTS Sdn Bhd seperti yang tertera di jawapan di atas.  
       
       
       

P.S. Saya menjamin yang anda akan mendapati bahawa semua maklumat yang terkandung di dalam buku AWAS! Trik Penipu di eBay adalah berguna dan akan mampu membantu anda daripada kehilangan ratusan atau ribuan Ringgit disebabkan penipuan di portal eBay. Anda akan mendapat beratus-ratus kali ganda harga pelaburan kecil anda untuk mendapatkan buku ini. Pihak penerbit saya memberikan Jaminan untuk memberikan ganti jika terdapat sebarang masalah percetakan pada buku pesanan anda.

P.P.S. Ingat! Anda perlu memiliki pengetahuan yang mantap agar tidak menjadi mangsa sebarang penipuan selama anda menjadi seorang pembeli atau penjual di portal eBay. Saya amat yakin, satu maklumat penting yang berjaya anda aplikasi daripada buku saya ini akan pasti dapat menyelamatkan wang anda ratusan atau ribuan ringgit pada masa hadapan. Dalam pada itu, adalah sangat penting untuk anda membeli buku ini sekarang supaya anda mendapat manfaat yang sepenuhnya! Beli SEKARANG!

 


     
 

Copyright RahsiaRajaLelong.com All Rights Reserved

Privacy Policy | Anti-Spam Policy | AUP (Acceptable Use Policy) | Earnings Disclaimer