MENGENAI ERUWAN GERRY

 

 

Eruwan Gerry Norsen merupakan seorang nama yang tidak asing lagi di persada dunia perniagaan internet Malaysia. Beliau dikenali sebagai seorang pakar usahawan internet di Malaysia.

Beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai perniagaan internet yang telah "meletup" di pasaran Malaysia.

Kepakaran beliau telah mendapat pengiktirafan daripada Mentor Jutawan Malaysia iaitu Azizi Ali sehingga beliau menjadi salah seorang usahawan internet yang telah ditemuramah di dalam buku Jalan Pintas Kekayaan karya Azizi Ali.

Beliau juga pernah menjadi penceramah jemputan untuk perniagaan internet kepada eBay, TrueWealth Sdn Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Keusahawanan & Koperasi, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Teknologi MARA.

 

Walaupun Eruwan lebih dikenali umum di dalam arena perniagaan lelongan online, sebenarnya beliau juga merupakan seorang seorang penjual produk digital dan juga seorang affiliate yang berjaya.

Penjualan produk-produk digital beliau telah mampu mencapai jualan sehingga 5-Angka pada setiap pelancaran. Beliau juga sering mendapat tempat pertama sehingga tempat kelima di dalam pertandingan-pertandingan affiliate yang telah dianjurkan oleh usahawan-usahawan internet lain di Malaysia. Di dalam setiap pertandingan, beliau telah berjaya menjana komisyen affiliate sehingga 4-Angka dan mendapat pelbagai hadiah bonus tambahan.

Selain itu, beliau juga telah membantu orang lain yang ingin menjana wang melalui internet dengan menyediakan program-program affiliate yang sehingga kini telah disertai oleh ratusan orang. Dengan menyertai program-program affiliate beliau ini, mereka telah mendapati bahawa ianya tidak sukar untuk menjana keuntungan mereka yang pertama melalui internet.

Laman web keahlian JejakUsahawanInternet.com merupakan salah satu lagi usaha murni beliau untuk membantu lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk menjadi usahawan internet yang berjaya.

 

 

Copyright JejakUsahawanInternet.com All Rights Reserved
Privacy Policy | Anti-Spam Policy | AUP (Acceptable Use Policy) | Earnings Disclaimer | Refund

Home | Galeri | About | Blog | Affiliates | Contact Us